280710 – Zikry Hafiy Di Kenduri Kahwin
July 28, 2010
Ahad lepas Zik ikut papa dengan mama pergi kenduri kahwin Uncle Nizam & Auntie Juju kat Seremban. Pagi2 lagi Zik dah bangun kejut papa dengan mama. Dan Zik juga orang pertama siap hari tu.

Zik pakai kemeja kotak2 merah sama macam papa. Handsome anak papa hari tu. Mama yang paling suka bila tengok Zik pakai baju ni. Terus dia suruh papa ambil gambar dengan Zik sekali sebab papa pun pakai baju kotak2 macam Zik jugak.

Pic ni mama yang snap. Pandai jugak mama Zik ni. Tapi banyak shot jugak lah nak dapat muka Zik senyum. Tapi hampa..ini jek yang the best..banyak papa jek yang terlebih senyum..hahaha! Kalau papa yang snap..senang jek Zik nak senyum. Mama kena belajar PR lagi ok..kehkehkeh…

Inilah Uncle Nizam dengan Auntie Juju. Uncle Nizam ni geng2 Lomokids papa. Dia gak housemate Pak Andak Zik.

Tapi Zik pun nak kahwin jugak hari tu. Awal2 dia dah chop tempat kat pelamin.

Sampai mengantuk dia tunggu pengantin perempuan tak sampai2.

Tapi bila pengantin perempuan dah sampai….

Dia pulak malu2 kucing..hahaha!

Zik memang menjadi perhatian haritu. Semua nak gomol dia. Semua geram kat dia. Baik geng2 lomo perempuan..

(pic by Uncle Syimir Lonely) Dan jugak geng2 lomo lelaki..

Termasuklah pengantin..Tapi mood dia kureng sket hari tu. Panas sangat agaknya..

(pic by Uncle Efan) Papa dengan mama tak payah ceritalah..memang hari2 geram..memang hari2 Zik kena gomol..

Balik tu sempatlah jugak singgah ke Hospital Seremban jumpa Mak Su Zik. Mak Su ni jadi nurse kat situ. Nak sangat dia jumpa Zik. Mama dengan papa bawak lah.
Untuk Uncle Nizam dan Auntie Juju, tahniah yek. Buat baby cepat2 ok..Boleh geng dengan Zik nanti!
Papa Zik
Filed Under Aktiviti Harian | 5 Comments
Leave a Comment
If you would like to make a comment, please fill out the form below.



[...] SINI untuk cerita lanjut si Zikry Hafiy ni. Apapun tahniah kepada pasangan pengantin daripada aku dan [...]
hahaha tu bukan malu-malu kucing, tu muka gatai tu
alahai, comelnya dia…malu2 yek?
comel…muke x ganas mcm botak chin dh..
COMEL NYA ZIK ROONEY!